eKelas Penggal 1 Minggu 9

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 9 ini telah diadakan pada 12 April 2019 (Jumaat) dan 13 April 2019 (Sabtu) bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang disediakan oleh Maxis bertujuan untuk memberikan pendidikan percuma secara atas talian kepada komuniti sekitar Pusat Internet.

eKelas minggu ini merupakan minggu projek berkumpulan terakhir untuk penggal ini. Bagi subjek Bahasa Inggeris, para pelajar akan membuat persembahan drama berdasarkan skrip yang telah diberikan oleh cikgu eKelas. Para pelajar perlu merakam persembahan drama tersebut dan seterusnya menghantar video tersebut untuk dinilai oleh juri-juri yang dilantik.

Bagi subjek Matematik dan Sains pula, para pelajar telah membuat projek pertengahan tahun secara berkumpulan berdasarkan modul yang diajar oleh cikgu eKelas. Mereka perlu menyiapkan projek tersebut dan memuat naik gambar projek yang sudah disiapkan ke dalam portal eKelas untuk dinilai.

eKelas ini telah diadakan dalam sesi yang berasingan bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 berdasarkan jadual yang telah disediakan. eKelas ini telah dihadiri seramai 20 orang pelajar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali